Dasar Privasi

Brandsfever komited untuk memastikan bahawa privasi anda dilindungi. Dasar Privasi ini menerangkan cara kami gunakan maklumat yang kami kumpulkan mengenai anda dan prosedur yang kami ada untuk mengawal selamat privasi anda. Dasar Privasi ini membentuk sebahagian daripada Terma & Syarat Brandsfever. Dengan melawati laman web Brandsfever dan/atau dengan menjadi ahli anda terima peruntukan Dasar Privasi ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi kami sila tahan diri daripada menggunakan atau mengakses laman web kami.

  1. Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

    Apabila anda mendaftar dan menjadi ahli Brandsfever kami perlu tahu nama dan alamat e-mel anda. Untuk pembelian produk, sebagai tambahan kami perlu tahu alamat pengebilan dan penghantaran dan nombor telefon anda. Maklumat tersebut dan juga maklumat berkaitan pembayaran [nombor kad kredit, nilai pengesahan kad dan tarikh tamat tempoh] membolehkan kami memproses pendaftaran dan/atau pembelian masing-masing. Maklumat berkaitan ini kemudian digunakan oleh kami, ejen dan/ atau subkontraktor kami untuk memproses pembelian anda, untuk membalas permintaan dan menjawab pertanyaan anda. Ia juga digunakan untuk memaklumkan anda mengenai kempen kami dan untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pengendalian akaun anda atau penggunaan laman web secara amnya. Dengan menerima Terma dan Syarat dan juga Dasar Privasi, anda dengan jelas bersetuju untuk menerima maklumat ini. Jika anda tidak ingin menerima komunikasi ini, anda boleh memilih keluar daripada penerimaan beberapa komunikasi tertentu dalam akaun anda.

    Kami mungkin juga akan menggunakan maklumat agregat dan statistik untuk tujuan memantau penggunaan laman web untuk membantu kami membangunkan laman web dan perkhidmatan kami dan mungkin memberikan maklumat agregat tersebut kepada pihak ketiga. Statistik ini tidak akan mengandungi maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti mana-mana individu.

    Walaupun anda tidak perlu menyerahkan sebarang maklumat kepada laman web kami, jika anda tidak menyediakan maklumat yang diminta, anda mungkin tidak bolah mencapai atau menggunakan sesetengah sifat dan fungsi laman web kami dan kami mungkin tidak boleh menyediakan anda sesetengah perkhidmatan tertentu. Dalam menyediakan ahli kami dengan produk atau perkhidmatan atau mematuhi keperluan undang-undang atau komersil, kami mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga yang terpilih.

  2. Kanak-kanak

    Kanak-kanak tidak layak untuk menggunakan laman web kami dan kami meminta bahawa kanak-kanak bawah umur (bawah 18 tahun) tidak menyerahkan sebarang maklumat peribadi kepada kami. Jika anda berusia bawah 18 tahun, anda tidak boleh menjadi ahli dan/atau membeli sebarang item di laman web kami.

  3. Kuki

    "Kuki" adalah fail kecil yang ditempatkan pada pemacu keras anda. Setiap laman web yang anda lawati boleh menghantar kukinya sendiri kepada penyemak imbas anda jika keutamaan penyemak imbas anda membenarkannya. Anda boleh menatarajah penyemak imbas anda untuk menerima semua kuki, menolak semua kuki, atau memaklumkan anda apabila kuki disetkan. Setiap penyemak imbas adalah berbeza, jadi semak menu "Help" penyemak imbas anda untuk mempelajari cara untuk mengubah keutamaan kuki anda. Anda sentiasa bebas untuk menolak kuki kami jika penyembak imbas anda membenarkannya, walaupun dengan cara itu anda tidak boleh menggunakan sesetengah ciri yang tertentu pada laman web kami. Selain itu, beberapa bilangan syarikat menawarkan kemudahan yang direka bentuk untuk membantu anda melawat laman web secara tanpa nama.

    Kuki atau teknologi lain membantu kami menyediakan perkhidmatan dan maklumat tersuai. Kami menggunakan kuki untuk memberitahu kami bagaimana dan bila halaman dalam laman Web kami dilawati, apakah keutamaan teknologi pengguna kami dan sama ada laman Web kami berfungsi dengan betul.

    Tambahan lagi, anda mungkin menemui kuki atau peranti serupa yang lain pada laman Web kami yang diletakkan oleh pihak ketiga. Kami tidak mengawal penggunaan kuki oleh pihak ketiga. Keutamaan Privasi: Laman Web ini mungkin mengandungi maklumat, termasuk dasar privasi P3P ("Maklumat Keutamaan Privasi"), yang bertujuan untuk bekerja dengan keutamaan privasi terpilih anda. Semasa kami telah cuba untuk menjadikan Maklumat Keutamaan Privasi dirangkumi dalam laman Web ini mematuhi teks penuh Dasar Privasi ini, Dasar Privasi ini merupakan pernyataan muktamad dasar privasi dan amalan laman Web ini.

    Jika ini adalah laman dilindungi kata laluan, maka laman Web ini boleh menggunakan kuki atau teknologi lain untuk membantu kami mengesahkan ketulenan anda, menyimpan dan dan mengenali tatarajah dan sifat pengguna, memudahkan navigasi dan kelayakan anda di seluruh laman Web dan menyesuaikan kandungannya supaya maklumat yang disediakan berkemungkinan menarik minat anda.

  4. Perlindungan maklumat anda

    Brandsfever telah mengaturkan pelbagai prosedur keselamatan untuk melindungi maklumat anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa internet bukan medium selamat. Brandsfever melindungi maklumat peribadi anda semasa anda menjalankan urusan perniagaan pada laman web kami dengan memerlukan penggunaan program perisian penyemak imbas yang menyokong penyulitan SSL standard industri dengan panjang 128-bit kekunci. Kami juga menyimpan maklumat anda secara sulit dan rahsia. Prosedur dalaman Brandsfever merangkumi penyimpanan, akses dan pendedahan maklumat anda.

  5. Penjualan Perniagaan

    Jika perniagaan ini dijual atau disepadukan dengan perniagaan lain, butiran anda mungkin didedahkan kepada penasihat kami dan mana-mana bakal pembeli dan penasihat mereka dan akan disampaikan kepada pemilik baru perniagaan

  6. Kemas Kini Butiran

    Anda boleh mengemas kini semua maklumat yang anda telah berikan atau memilih untuk tidak menerima jemputan selanjutnya untuk kempen jualan masa hadapan dengan menunjukkan keutamaan anda di bawah bahagian "menerima jemputan" atau membatalkan keahlian anda.

  7. Persetujuan

    Dengan menyerahkan maklumat anda, anda dengan jelas bersetuju terhadap penggunaan maklumat tersebut seperti yang dinyatakan dalam dasar privasi ini. Jika kami ubah dasar privasi kami, kami akan menghantar perubahan pada halaman ini, dan mungkin akan meletakkan notis pada halaman lain laman web, jadi anda mungkin tahu maklumat yang kami kumpul dan bagaimana kami gunakannya pada setiap masa. Penggunaan berterusan laman web kami akan menandakan bahawa anda bersetuju dengan sebarang perubahan tersebut.

  8. Pautan Luaran

    Sila ambil perhatian bahawa Brandsfever tidak bertanggungjawab ka atas sebarang maklumat yang diberikan kepada laman web pihak ketiga, berpaut atau tidak berpaut kepada laman web kami. Perkara itu disediakan dengan risiko ditanggung sendiri oleh anda dan tertakluk kepada syarat perkhidmatan dan/atau dasar privasi (jika ada) laman wed pihak ketiga tersebut.

  9. Hubungi

    Kami mengalu-alukan pandangan anda mengenai laman web kami dan dasar privasi kami. Jika anda ingin menghubungi kami dengan sebarang pertanyaan atau komen sila hantar e-mel kepada legal [at] brandsfever [dot] my .